PENGURUSAN MODAL KERJA
Menguruskan tukaran matawang
asing berhubungkait dengan tugas yang dilakukan pegawai kewangan perniagaan
antarabangsa iaitu – menguruskan modal kerja atau tunai. Tugas ini adalah rumit
bagi syarikat multi-nasional (MNC) berbanding syarikat domestik. Pegawai
Kewangan MNC perlu mengambilkira kedudukan modal kerja syarikat bagi setiap
anak syarikat luar negaranya dan dalam matawang dimana anak syarikat menjalankan
perniagaan serta untuk syarikat secara keseluruhannya.
Contohnya Singapore Airlines
kebiasaannya menggunakan lebih daripada 20 matawang asing dalam operasinya, dan
pegawai kewangannya perlu memantau pegangan setiap matawang tersebut. Dalam proses
tersebut, beliau mestilah mengimbangi 3 matlamat kewangan korporat iaitu:
1.
Mengurangkan baki modal kerja.
2.
Mengurangkan kos pertukaran matawang.
3.
Mengurangkan risiko tukaran matawang asing.
MENGURANGKAN
BAKI MODAL KERJA
Pegawai
kewangan berusaha untuk meminimumkan baki modal kerja syarikat. Sama ada
syarikat domestik atau antarabangsa, kedua-dua harus memegang modal kerja
kerana 2 perkara – untuk memudahkan transaksi sehari-hari dan untuk menampung
keperluan tunai tak terjangka ke atas firma. Syarikat pasti tidak mahu
mengalami masalah kekurangan tunai dalam tangan untuk membayar pekerja /
pembekal kerana akan mengakibatkan:
a. Terpaksa
membuat pinjaman kecemasan yang pastinya mahal/merugikan.
b. Menjatuhkan reputasi syarikat yang mungkin
menyebabkan pembekal/peminjam untuk
memberi kredit di masa akan datang.
memberi kredit di masa akan datang.
Namun kadar pulangan modal kerja adalah terlalu rendah, dan pegawai kewangan lebih suka untuk mendapatkan kadar pulangan yang tinggi sekiranya boleh dengan melabur dana lebihan dalam bentuk selain tunai. Oleh itu, mereka perlu mengimbangi antara keperluan syarikat untuk tunai dengan kos melepas bagi memegang aset kewangan syarikat dalam bentuk pulangan yang rendah.
PENGURUSAN
TUNAI BERPUSAT
- adalah satu cara syarikat multi-nasional (MNC) boleh mengurangkan pegangan
tunai seluruh syarikat.
- pengurus tunai berpusat, yang biasanya staf perbendaharaan MNC bertanggungjawab
mengkoordinasi aliran tunai MNC. Setiap anak syarikat MNC menghantar laporan tunai
harian dan analisis anak syarikat ke atas baki tunai yang dijangka dan diperlukan dalam jangka masa
pendek, sama ada dalam tempoh seminggu hinggalah sebulan, bergantung kepada keperluan
operasi syarikat utama.
- Laporan ini kemudian disusun oleh pengurus tunai berpusat yang menggunakan
maklumat tersebut untuk mengurangkan baki ‘berjaga-jaga’ (seperti yang
dinyatakan terdahulu) pegangan syarikat keseluruhannya dan merancang pelaburan
jangka pendek dan strategi pinjaman
untuk syarikat.
- Daripada setiap anak syarikat menyimpan
baki tunai ‘berjaga-jaga’, pengurus tunai berpusat akan mengarahkan setiap anak
syarikat untuk menghantar lebihan tunai di akaun bank korporat berpusat. Oleh itu,
sekiranya ada anak syarikat yang memerlukan tunai yang lebih, ia boleh
mendapatkan daripada sumber ini. Kekurangan tunai bagi satu anak syarikat akan
diimbangi dengan lebihan tunai anak syarikat yang lain.
KELEBIHAN
1. Pengurus tunai berpusat boleh mencari peluang pelaburan jangka pendek bagi lebihan tunai dan memantau perubahan yang dijangka dalam nilai matawang asing.
2. Mengurangkan bilangan pakar kewangan yang terlatih dan staf bergaji tinggi yang diperlukan syarikat.
3. Lebih efisyen dan kos efektif apabila maklumat kewangan dan pembuat keputusan disatukan bagi satu MNC berbanding setiap anak syarikat membangunkan pakar kewangan.
1. Pengurus tunai berpusat boleh mencari peluang pelaburan jangka pendek bagi lebihan tunai dan memantau perubahan yang dijangka dalam nilai matawang asing.
2. Mengurangkan bilangan pakar kewangan yang terlatih dan staf bergaji tinggi yang diperlukan syarikat.
3. Lebih efisyen dan kos efektif apabila maklumat kewangan dan pembuat keputusan disatukan bagi satu MNC berbanding setiap anak syarikat membangunkan pakar kewangan.
MENGURANGKAN
KOS PERTUKARAN MATAWANG
Anak
syarikat perniagaan antarabangsa biasanya akan menjual dan membeli alat ganti
dan barangan siap antara di kalangan mereka sendiri.
Contoh: Samsung mempunyai kilang pemasangan
serta syarikat pembekalan dan pemasangan di seluruh dunia. Pemindahan alat
ganti dan barangan siap di kalangan mereka mewujudkan invois yang banyak dan
pemindahan dana yang kerap serta menyebabkan pertukaran matawang yang mungkin
tinggi dan merugikan.
Lihat gambar rajah di atas, perdagangan
yang berlaku bagi 3 negara keseluruhannya berjumlah $21 juta (1+3+6+4+5+2)(menggunakan
denominasi USD bagi memudahkan penerangan). Sekiranya kos pertukaran matawang
bagi keenam-enam transaksi tersebut berjumlah 0.5% daripada nilai keseluruhan,
ini bermakna Samsung membayar $105,000 ($21 juta x 0.5%) untuk kos pertukaran
matawang bagi transaksi antara anak syarikatnya.
BILATERAL
NETTING
Boleh dilaksanakan apabila 2 anak syarikat
menjelaskan ‘invois bersama’ mereka. Rujuk gambar rajah yang sama. Syarikat
British perlu membayar syarikat Mexico $3 juta nilai pound ke peso manakala
syarikat Mexico perlu membayar syarikat British $1 juta nilai peso ke pound. Dengan
mengaplikasi konsep bilateral netting, hanya syarikat British perlu membayar
syarikat Mexico sebanyak $2 juta nilai pound ke peso. Dengan ini, kos pertukaran matawang boleh
dikurangkan sebanyak $10,000 ($2 juta x 0.5%).
MULTILATERAL
NETTING
Konsep yang sama dipraktikkan seperti bilateral netting tapi melibatkan 3 atau
lebih unit perniagaan.
MENGURANGKAN
RISIKO TUKARAN MATAWANG ASING
Pegawai Kewangan juga mencampurkan pelbagai matawang bagi menjadikan modal kerja syarikat untuk mengurangkan risiko tukaran matawang asing. Syarikat biasanya menggunakan strategi leads and lags sebagai usaha meningkatkan pegangan bersih matawang yang dijangka meningkat nilainya dan mengurangkan pegangan bersih matawang yang dijangka akan menurun nilainya.
Contoh: jika Thai baht dijangka jatuh nilainya, pegawai kewangan akan cuba meminimumkan aset cair syarikat MNC dalam baht, dengan cara meminta bayaran segera/awal bagi akaun bakal terima dalam denominasi baht. Dia juga akan berusaha meningkatkan liabiliti jangka pendek syarikat, contohnya dengan melewatkan pembayaran dalam akaun dibayar. Sebaliknya, jika nilai Mexican peso dijangka akan meningkat, pegawai kewangan akan cuba memaksimakan pegangan bersih peso dengan cara berlawanan dari yang diterangkan tadi.
Contoh: Avon telah menggunakan taktik
ini semasa krisis matawang Asia pada 1997. Ia membeli kebanyakan bahan mentah
yang diperlukan oleh kilang tempatan Asia, keperluan modal kerja kilang
dibekalkan oleh bank tempatan dengan bayaran pinjaman menggunakan matawang
tempatan. Oleh itu Avon telah meningkatkan liabilitinya dalam nilai matawang
yang rendah seperti RM, rupiah dan peso. Anak syarikat di Asia perlu menghantar
hasil perbelanjaan ke ibu pejabat setiap minggu berbanding setiap bulan pada
waktu ekonomi stabil. Dengan cara ini, Avon telah mengurangkan pegangan
matawang yang berisiko ini.
No comments:
Post a Comment