1. Pilihan matawang. Adalah merupakan isu dan masalah
yang unik di dalam pemilihan matawang semasa membuat pembayaran terhadap produk
yang dibeli atau dijual. Pengekspot lebih utamakan matawangnya begitu juga
dengan pengimport kerana ingin mendapat amaun sebenar yang perlu diterima atau
dibayar. Sesetengah pengekspot dan pengimpot memilih untuk menggunakan matawang
negara yang ketiga terutama bagi mereka yang berada di negara yang tidak stabil
nilai matawangnya. Matawang yang menjadi pilihan adalah Yen-Jepun dan U.S Dollar kerana lebih kukuh nilainya serta menjadi
pilihan negara-negara di dunia. . Hampir 70% tukaran eksport dan 85% tukaran
import negara Amerika Latin menggunakan U.S Dollar.
2. Pemeriksaan Kredit. Pengekspot akan memberikan
kemudahan kredit kepada pengimpot yang mempunyai prestasi kedudukan kewangan
yang baik dan bertindak sebaliknya bagi mengurangkan risiko. Terdapat mekanisma
yang digunapakai untuk memeriksa kedudukan kredit melalui syarikat berdaftar
seperti Dun & Bradstreet ataupun Moody’s. Terdapat juga kemudahan
disediakan oleh bank-bank domestik yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan
kredit firma luar negara. Hal ini penting kerana keperluan untuk perniagaan antarabangsa
mempunyai hubungan erat dan baik, saling mempercayai sesama rakan niaga luar
negara bagi jangkamasa panjang.
3. Cara Pembayaran. Pihak yang terlibat biasanya akan
berunding untuk kaedah pembayaran yang dipersetujui bersama. Kaedah pembayaran
adalah seperti berikut:
a. Pembayaran Terlebih Dahulu (Payment
In Advance). Dari perspektif pengekspot ia adalah kaedah paling selamat,
cepat dan kurangkan risiko kerana bayaran dibuat secara terus (wire) kerana penggunaan
cek mengambil masa lama. Dari perspektif pengimpot ia adalah kaedah yang tidak
diingini, takut kualiti barangan tidak menepati kontrak atau syarikat
beprestasi lemah dan merugikan pengekspot jika berurusan dengannya.
b. Akaun Terbuka (Open Account). Kaedah
ini hanya sesuai untuk syarikat yang telah lama menjalankan perniagaan dan
saling bergantungan antara satu sama lain. Dari perspektif pengimpot ia adalah
kaedah terbaik sebab pembayaran hanya dibuat selepas barangan diterima dan bil
dikeluarkan oleh pengekspot. Kaedah ini mengelakan pengimpot membayar yuran
yang dikenakan oleh perkhidmatan bank melalui rundingan. Dari perspektif
pengekspot pula, kaedah ini adalah tidak diingini kerana beberapa sebab seperti
berikut:
(1) Bergantung penuh kepada reputasi
pengimpot untuk membayar dengan segera.
(2) Jika berlaku pertikaian tiada perantara
kewangan seperti bank dapat membantu.
(3) Konsep ‘paper less’ mengakibat kerugian jika pengimpot enggan membayar dan
kes dibicarakan di mahkamah negara pengimpot.
(4) Pengekspot terpaksa menggunakan modal
dalam bentuk matawang asing.
c. Documentary
Collection. Diwujudkan bagi mengatasi masalah pembayaran secara dahulu
dan akaun terbuka. Bank menjadi agen untuk memudahkan pembayaran. Pengekspot
akan mengeluarkan bil pertukaran (draft) untuk jangka masa pembayaran yang
ditetapkan dimajukan kepada bank tempatan setelah barangan dihantar. Ada dua
jenis draf; draf penglihatan (pembayaran bila bank maklumkan barangan tiba
pengimpot akan bayar dan draf masa (memberi masa tangguhan bayaran).
d. Surat Kredit (Letters of Credit).
Untuk mengelakan kesulitan semasa pembayaran yang dikeluarkan oleh bank dengan
jaminan pembayaran. Dalam transaksi jual beli antara pengekspot dan pengimpot,
penggunaan LC merupakan cara yang paling selamat bagi pengeksport dan
pengimport , kerana adanya kepastian bahawa pembayaran akan dilakukan apabila
syarat LC dipenuhi .
e. Kad Kredit. Digunakan untuk jumlah
transaksi yang kecil di luar negara dipelopori oleh syarikat seperti American
Express, VISA dan Master Card. Syarikat ini mengutip keuntungan melalui yuran
yang dikenakan kepada pemilik kad.
f. Perdagangan Balas (Counter Trade).
Kaedah tradisional yang berlaku apabila pengeluar menerima bayaran selain matawang
untuk tukaran. Jenis-jenis perdagangan balas adalah seperti berikut:
(1) Pertukaran Barang (Barter).
Pertukaran barangan
dengan
barangan. Contohnya, pada tahun 1990 India setuju menukar tepung dan bijirin
dengan kapas dari Turmenistan.
(2) Pembelian Kaunter. Pembekal
menjual produk untuk negara tertentu dan sebagai balasan dibekalkan dengan
barangan lain pada suatu masa tertentu. Contoh Boeing jual kapalterbang kepada
Arab Saudi dan balasannya dibekalkan minyak.
(3) Beli Semula. Contoh syarikat Jepun
jual mesin menenun kepada pembeli di China sebagai balasan Jepun akan beli
semula pakaian yang ditenun.
Gambarajah Risiko Pembayaran
4. Pembiayaan Perdagangan (Financing trade). Untuk
berjaya dalam pasaran global hari ini dan memenangi jualan di dalam perdagangan
antarabangsa beberapa aspek seperti berikut perlu diambil kira:
a. Syarikat perlu membentangkan spektrum
risiko, yang menyebabkan ketidaktentuan masa pembayaran antara pengeksport
(penjual) dan pengimport (pembeli asing).
b. Bagi pengeksport, mana-mana jualan
adalah hadiah sehingga pembayaran diterima. Oleh itu, pengeksport mahu menerima
bayaran secepat mungkin, sebaik-baiknya adalah sebaik sahaja suatu tempahan dibuat
atau sebelum barang-barang dihantar kepada pengimport.
c. Bagi pengimport, sebarang bayaran adalah
merupakan derma sehinggalah barangan diterima pengimpot oleh itu, pengimport
mahu menerima barang itu dengan segera tetapi untuk melambatkan pembayaran
selama mungkin, sebaik-baiknya sehingga selepas barang itu dijual semula untuk
menjana pendapatan yang cukup untuk membayar pengeksport.
No comments:
Post a Comment