Adalah
merupakan proses menilai dan memilih pelaburan jangka panjang yang selari
dengan matlamat firma iaitu untuk memaksimakan kekayaan pelabur syarikat di
luar negara. Pelaburan jangka panjang ini melibatkan aset-aset tetap syarikat.
Ia merupakan satu analisis yang dibuat semasa pihak pengurusan sedang
menimbangkan untuk membuat perbelanjaan modal. Ia termasuklah hal-hal berkaitan
penggantian aset tetap yang telah usang bagi memastikan operasi perniagaan
berjalan dengan lancar, membeli aset baru buat kali pertama, membesarkan premis
untuk menampung penambahan produk, perbelanjaan terhadap aset bagi memasuki pasaran
baru dan perbelanjaan aset tetap yang lain seperti membesarkan kilang dan
sebagainya. Pelbagai pendekatan untuk menilai projek-projek pelaburan boleh
didapati, tetapi kaedah yang paling biasa digunakan termasuk Nilai Kini Bersih,
Kadar Pulangan Dalaman dan Tempoh Bayar Balik.
1. Nilai Kini Bersih (NKB). Nilai
kini bermaksud nilai pada masa sekarang kerana nilai sekarang dengan masa
lampau tunai adalah berbeza. Nilai kini aliran tunai bersih bermaksud nilai
yang ditunjukkan pada tahun 0 atau bermula operasi perniagaan. Nilai kini
bersih ditentukan dengan mendiskaunkan aliran tunai bersih kepada nilai pada
masa memulakan projek setelah mengambil kira kos pelaburan projek. Kaedah boleh
digunapakai untuk projek domestik dan antarabangsa. Ada 3 faktor utama yg perlu
diambilkira semasa menggunakan kaedah ini iaitu pelarasan risiko, pilihan
matawang dan dari perspektif projek atau syarikat.
2. Kadar Pulangan Dalaman (KPD). Kaedah
ini adalah bertujuan untuk menentukan kadar diskaun yang menjadikan nilai kini
bersih aliran tunai bersih bersamaan dengan kosong (0). Istilah ‘dalaman’
digunakan untuk menggambarkan bahawa perbelanjaan (modal dan
operasi/penyelenggaraan) yang dilakukan untuk projek akan menjana pulangan
kepada syarikat.
3. Kaedah Tempoh Bayaran Balik (TBB).
Kaedah yang menggunakan tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan semula
kos pelaburan yang telah dibuat. Berdasarkan kaedah ini, secepat mana sesuatu
pelaburan itu mendapat pulangannya semula, maka pelaburan itu adalah yang
terbaik.
No comments:
Post a Comment